INFORMASI CABARAN SUKAN WANITA WANITA (WOMEN SPORTS CHALLENGE)
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
NAMA KEJOHANAN:
Kejohanan ini dinamakan Cabaran Sukan Wanita ( Women Sports Challenge) yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Singkatan bagi kejohanan ini dikenali sebagai WSC.
PENGELOLAAN:
Kejohanan ini dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama persatuan-persatuan sukan yang berkenaan.
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN:
Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang pertandingan semasa bagi setiap jenis sukan yang dipertandingkan yang menjadi undang-undang rasmi dan rujukan melainkan sekiranya ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan dalam WSC.
KELAYAKAN PEMAIN
Pemain-pemain yang pernah mewakili negeri dan negara yang bermula dari tahun 2021 hingga tahun semasa dalam mana-mana kejohanan yang didaftarkan sebagai kejohanan rasmi yang telah ditetapkan oleh persatuan sukan kebangsaan adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai kejohanan ini.
KATEGORI DIPERTANDINGKAN:
1. Kategori Terbuka
2. Kategori Bawah 18 tahun: Wanita yang lahir pada 1 Januari 2008 hingga tahun semasa
PASUKAN:
Pasukan adalah terdiri daripada:
– Pengurus pasukan – 1 orang
– Jurulatih – 1 orang
– Pemain – 10 orang
TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN:
Tarikh: 10hb hingga 12hb April 2026 (Jumaat hingga Ahad)
Masa: Sepenuh hari
Tempat: Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya, Kajang
HADIAH PERTANDINGAN (SETIAP KATEGORI):
Johan: RM 3,000.00
Naib Johan: RM 2,000.00
Ketiga bersama: RM 1,000.00
PENYERTAAN:
Pendaftaran: RM 400.00 setiap pasukan
NAMA AKAUN BANK:
– MALAYSIA BASKETBALL ASSOCIATION
INFO BANK DAN NO. AKAUN:
– ALLIANCE BANK – 140550010141787
Tarikh Tutup: 1hb April 2026, 23.59pm
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 3hb April 2026 (Jumaat)